Motivasi untuk mengejar syurga allah
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT :
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ أُكُلُهَا دَائِمٌ وَظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ
35. sifat syurga Yang dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. itulah kesudahan usaha orang-orang Yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang Yang kafir pula ialah neraka.
(Surah Ar-Ra’d; 35)
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
48. (dua syurga) Yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.
(Surah Ar-Rahman; 48)
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
50. pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang mengalir
(Surah Ar-Rahman;50)
فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
52. pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan Yang luar biasa). (Surah Ar- Rahman;52)
مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
54. mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing Dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, Yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal Yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
(Surah Ar- Rahman;54)
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلا جَانٌّ
56. di Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari Yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
(Surah Ar- Rahman;56)
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
66. Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang terus menerus memancutkan airnya:
(Surah Ar-Rahman;66)
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
70. Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) Yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
(Surah Ar- Rahman;70)
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ
8. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga Yang penuh Dengan berbagai nikmat,
(Surah Luqman;8)
وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ
23. dan dimasukkanlah orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, ke Dalam Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya Dengan izin Tuhan mereka; ucapan Selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di Dalam Syurga-syurga itu.
(Surah Ibrahim;23)
لا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلا سَلامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا
62. mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan Yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan Yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
(Surah Maryam;62)
سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
21. berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal Yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.
(Surah Al-Hadid;21)
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ
57. mereka beroleh Dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja Yang mereka kehendaki
(Surah Yasin;57)
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ
33. (balasan mereka ialah) syurga – syurga ” Adn “, Yang mereka akan masukinya; mereka Dihiaskan di dalamnya Dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
(Surah Fathir;33)
خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
76. mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
(Surah Al-Furqan;76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami. Amin..
Wallahua’lam…