Tangan kita merupakan ejen penyebar kotoran termasuk bakteria dan virus. Dari waktu anda keluar rumah, masuk pejabat sehinggalah waktu anda pulang semula ke rumah , terdapat banyak miroorganisma yang tangan anda kumpul.
Microorganisma ini dipindahkan kemuka apabila tangan kita menyentuh bahagian yang menjadi perhatian orang yang utama,iaitu muka kita. Dalam satu kajian didapati secara purata, manusia menyentuh muka mereka 16 kali dalam jangka masa satu jam tanpa mereka sedari.
Menyentuh muka ,menompang dagu, atau menekan sel kulit boleh membantu dalam penyebaran bakteria dan merengsakan kulit,khususnya pada bahagian wajah yang berjerawat.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk membuang tabiat menyentuh muka sekaligus dapat memperoleh muka licin berseri.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
- Bersedia untuk menyibukkan diri anda! Apabila anda fokus pada kerja anda, anda tiada masa untuk meraba-raba muka atau menggaru muka.
- Jika anda banyak menhabiskan masa di pejabat, tampalkan notis/peringatan di meja agar anda ingat.
- Pakai sarung tangan. Pasti anda tidak selesa untuk meyentuh muka apabila memakai sarung tangan tapi pastikan sarung tangan tersebut bersih.
- Target sangat penting agar anda boleh meminimakan kadar sentuhan tangan pada muka.
- Catatkan perkembangan anda pada setiap hari.
- Amalkan meminum air secukupnya. Toksin dapat keluar dari badan dan anda pun akan rasa perubahan pada muka.
- Bersenam harus menjadi antara agenda penting dalam jadual harian.Badan sihat muka berseri.
Saya suka sentuh kulit muka saya, tambahan pula bila dah naik jerawat. Cara berkesan yang saya lakukan ketika jerawat adalah menggunkan asam jawa dengan campuran garam dan sapu dimuka. selamat mencuba